Saturday, 5 November 2016

MUHAMAD AIZAT BIN MAT TAHIR @ AWANG
941129035525
18DDS13F2014
DIPLOMA SENI DIGITAL
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN






LATAR BELAKANG JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN 



ALAMAT : 
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kelantan,
Lot 1993, Seksyen 49,Tanjong Chat,
15200, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

LATAR BELAKANG :
Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan merupakan infrastruktur bagi aktiviti seni budaya. Pembinaanya adalah untuk membantu penggiat / karyawan Seni Budaya serta masyarakat setempat bersama- sama rakyat bagi menyemarakkan seni dan budaya di Negeri Kelantan. Ia berfungsi bagi mencapai objektif secara teratur, teracang dan selaras dengan Gagasan 1Malaysia.
Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan telah mula dibina pada tanggal 14 September 2006 dan telah siap dibina sepenuhnya pada 19 Mei 2010 diatas tanah berukuran 6.6 ekar di Lot 1993, Seksyen 49 Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan. 
Pembinaan Kompleks ini adalah melalui peruntukan Rancangan Malaysia ke-9 dan merupakan Kompleks Jabatan Kebudayaan  dan Kesenian Negara yang ke-10 yang dibina di bawah penyeliaan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada ketika itu.

FUNGSI/PERANAN :
  • Merancang,menyelaras, melaksana dan menyemarakkan aktiviti kebudayaan dan kesenian seluruh Negara (14 JKKN Negeri).
  • Merancang dan menyebar luas informasi seni budaya yang berautoritatif.
  • Menyelaras, merancang, menyelidik dan membangunkan produk industri kreatif.
  • Meningkatkan jaringan kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan dalam dan luar negara.Memberi khidmat nasihat dan kepakaran dalam bidang seni dan budaya.
  • Menyediakan asuhan, bimbingan dan latihan dalam bidang seni dan budaya.

PENGARAH JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN

En. Che Kassim Bin Mahmud
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan


...............................................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................................................

SEMASA LATIHAN INDUSTRI


MENGHIAS GALERI JKKN
Khamis Jun 23 2016, diberikan tugas oleh pegawai kebudayaan 1, iaitu En. Nazali bin Wahab untuk menghias galeri Jkkn Kelantan dengan kreativiti yang tersendiri untuk menjadikan geleri tersebut  diminati oleh pelawat yang hadir ke jabatan ini dengan barang-barang kesenian dan tradisional seperti alat dikir barat, alat persembahan Mak Yung dan pelbagai alat permainan tradisional di Negeri Kelantan. Selain itu juga, saya ditugaskan untuk membuat info poster mengenai tokoh dikir barat di kelantan untuk diletakkan di sudut papan kenyataan di galeri.
Galeri Jkkn Kelantan






Poster Tokoh-Tokoh dikir barat


Secara keseluruhannya, saya banyak belajar cara-cara menghias galeri jabatan mengikut yang dikehendaki oleh pegawai kebudayaan dengan jayanya. Saya dapat belajar cara-cara menyusun atur barang-barang mengikut kesesuaian ruang supaya tidak menampakkan terlalu padat pada ruangan dan dapat menarik minat pelawat untuk mengujungi galeri ini. Saya juga banyak ditunjuk ajar oleh pagawai kebudayaan, staf-staf dan juga rakan-rakan latihan industri yang terlibat sama. 

...............................................................................................................................................................................

PROGRAM LAWATAN DARI BUDAYA PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN SELANGOR (PADAT)

Khamis 
Ogos 11 2016, Menerima kujungan lawatan dari Budaya Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Selangor (PADAT). Program ini dijalankan di lobi Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Kelanatan. Sebelum program ini dijalankan, saya diberikan tugas oleh Penolong Pengarah Jkkn Kelantan, iaitu Puan Rahayu Normani binti Ismail untuk menyediakan tempat lawatan berserta 'Layout' susun atur meja makan, tempat untuk persembahan Wayang Kulit dan persembahan Mak Yung yang dipersembahkan oleh artis budaya. Pada hari lawatan tersebut berlangsung, saya ditugaskan sebagai krew teknikal dan jurufoto. 


Kesimpulannya, saya da
pat belajar untuk bekerja di dalam kumpulan untuk menjayakan program yang diberikan oleh penolong pengarah jkkn kelantan, Rahayu Normani Ismail.

...............................................................................................................................................................................

POSTER BAZAR SENI

Selasa Ogos 16 2016, saya diberi tugas oleh pegawai kebudayaan 1 untuk membuat banner bersaiz 12x4, poster bersaiz a4 dan pamplet bersaiz b4 untuk diedarkan kepada pengunjung yang hadir ke Program Bazar Seni. Banner dan poster tersebut telah dihasilkan melalui dua perisian, iaitu Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Pada Adobe Photoshop, saya telah diajar untuk menyusun gambar sahaja pada banner dan poster, Kemudian pada Adobe Illustrator pula, saya diajar untuk memasukkan kata-kata pada produk tersebut. 



Kesimpulannya, saya telah belajar cara-cara untuk menghasilkan poster yang mengikut kesesuaian dengan masyarakat, dan juga dapat menambah pengalaman belajar dari pegawai kebudayaan  selaku pereka di Istana budaya sebelum berkhidmat di Jkkn Kelantan mengenai cara menghasilkan poster yang matang dan menarik.

...............................................................................................................................................................................

PROGRAM BAZAR SENI

Jumaat Ogos 19 2016, mengikuti Program Bazar Seni di Medan Ikan Bakar, Kedai Buloh.
Diberi tugas untuk menjadi urusetia sepanjang program tersebut diadakan dari jam 10.00 pagi untuk persiapan tempat dan 4.00 petang hingga 12.00 t/malam untuk persembahan dan penutup. Program tersebut diadakan bagi memperkenalkan barangan seni yang dijual di khemah yang disediakan oleh pihak jkkn. Program ini  turut menjemput penyanyi dan pendikir tersohor di kelantan untuk menarik minat masyarakat di sana untuk turut menyaksikan dan juga untuk memeriahkan lagi program tersebut. 






Kesimpulannya, selama program tersebut berlangsung, saya diajar untuk bekerja di dalam kumpulan dan menjalankan tugas yang telah diberikan. Kesemua tugas yang diberikan adalah di dalam kumpulan dan haruslah mengikuti perancangan yang ditetapkan oleh pegawai. Dari situlah saya diajar untuk bertanggungjawab keatas tugas yang diberikan. 


...............................................................................................................................................................................

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA (PMS) GOTONG ROYONG MADRASAH AYAH MAT

Khamis Ogos 18 2016, saya dan warga JKKN Kelantan telah menjalankan Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) iaitu gotong-royong baik pulih Madrasah Ayah Mat di Tanjong Chat. Saya telah diberi tugas untuk mengecat, mengemas dan mencuci persekitaran madrasah tersebut. Selain itu juga, saya ditugaskan untuk membuat pelan dari segi susun atur tempat di madrasah tersebut. Program ini melibatkan warga kerja Jkkn dan juga orang kampung Tanjong Chat. Program ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang di bawah seliaan penolong pengarah Jkkn Kelantan, Puan Rahayu Normani binti Ismail.




Kesimpulannya, sepanjang program ini dilangsungkan, saya dan pelatih industri yang lain telah melakukan tugas-tugas yang diberikan dengan jayanya. Sikap tolong-menolong dapat disemai selama program ini dijalankan. 

...............................................................................................................................................................................

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA BERKALA (PMS) DI LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA

Ahad Ogos 21 2016, mengikuti program 'PMS' berkala di Lapangan terbang Sultan Ismail Petra Pangkalan Chepa. Saya menurut serta program ini bersama kumpulan artis budaya jabatan. Ketika program ini berlangsung, saya telah ditugaskan untuk memberikan 'pamplet' , memasang banting dan merekod maklumat secara peribadi pengunjung yang menyaksikan tarian tradisional dari artis budaya untuk dijadikan rekod. Program ini bertujuan untuk menarik minat pelancong khususnya dari luar negara mahupun di luar negeri untuk terus melawat ke Kelantan sempena dengan tahun melawat kelantan 2016.



Kesimpulannya, sepanjang program ini dijalankan, saya telah dapat pengalaman dari segi berdepan dengan orang awam. Saya telah dilatih oleh pegawai yang berkenaan untuk meyakinkan diri untuk menarik orang awam di sekitar pintu masuk  bahagiaan ketibaan  menyaksikan pesembahan dari artis budaya jkkn kelantan. perkara ini bukannya satu perkara yang senang untuk mencuri masa orang awam untuk mereka menyaksikan persembahan tradisional di kelantan. 

...............................................................................................................................................................................

POSTER 

Khamis Ogos 25 2016, diberika tugas oleh Timbalan Pengarah JKKN Kelantan, Zubariah binti Abdullah untuk menghasilkan poster amaran dan kata-kata hikmah bersaiz a4 untuk diletakkan di sekitar bangunan pentadbiran. Saya menghasilkan produk tersebut menggunakan hasil dari perisian Adobe Illustration dan juga Adobe photoshop. 

POSTER AMARAN






Kata Hikmah





Kesimpulannya, semasa proses poster ini dibuat, saya telah menerima kritikan oleh pegawai yang memberikan tugas ini kepada saya. Dengan adanya kritikan itu, telah mengajar diri saya untuk menjadi individu yang bertanggung-jawab  menghasilkan sesuatu produk yang mengikut keinginan seseorang. Kritikan yang diberikannya banyak menjadikan saya matang dalam menghasilakn sesuatu perkara yang dilakukan.

...............................................................................................................................................................................

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA

Selasa, September 6 2016, diberi tugas oleh  Pegawai kebudayaan 2, En. Hasmadi Hassan untuk membuat satu info kad bersaiz a4 sebanyak 200 helaian untuk diedarkan kepada orang awam mengenai program Merakyatkan Seni Budaya Citarasa Kelantan & Pertandingan Dikir Barat 2016.  Info kad tersebut dihasilkan melalui dari perisian Adobe Illustration. Kriteriakriteria yang diinginkan oleh pegawai tersebut dimasukkan yang sesuai dengan tema kebudayaan. 





Kesimpulannya, saya telah berjaya menghasilkan 
info kad yang mengikut kesesuaian dan tema yang diberikan. Sepanjang melakukan kerja ini, saya banyak bertanya pendapat staf lain mengenai hasil kerja ini, sedikit sebanyak pandangan mereka, maka terhasilah info kad yang direka oleh saya.

...............................................................................................................................................................................

PROGRAM LAWATAN DARI BINA INSAN

Rabu September 21 2016, mengadakan Program Lawatan dari Perkemahan Bina Insan Murid Sekolah Rendah 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan di perkarangan Jkkn Kelantan. program ini didatangi dari peserta yang dipilih dari sekolah rendah setiap daerah di kelantan. Antara yang terkandung dalam program ini ialah, pihak urusetia jkkn kelantan telah mengajarkan beberapa perkara tradisioal kepada pelajar-pelajar ini, antaranya ialah cara menyampaikan puisi, Tarian Tradisional, persembahan Makyung dan juga cara bermain gasing.




Kesimpulannya, sepanjang program ini berlangsung, saya diarahkan untuk menjadi urusetia  bahagian puisi di dalam dewan seminar. Berdepan dengan pelajar sekolah rendah ini bukannya satu perkara yang mudah, saya diajar oleh guru pembimbing mereka tentang cara untuk memberikan arahan secara berkesan ke atas sesuatu perkara yang perlu mereka ikuti.  Dengan adanya program tersebut, saya telah mendapat pengalaman yang cukup bermakna sepanjang program tersebut diadakan.

...............................................................................................................................................................................

PROGRAM PAMERAN JKKN DI UMK

Rabu, Se
ptember 22 2016, mengikuti program pameran barangan tradisional di tapak konvokesyen UMK pangkalan Chepa Kelantan. Tugas yang diberikan ialah, mengangkut barang-barang pameran dari jabatan ke tapak pameran umk satu hari sebelum program itu diadakan dan juga ditugaskan untuk mengenalkan barangan tradisional tersebut kepada pengunjung yang singgah di khemah Jkkn. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kelantan adalah penaja utama untuk program ini dan juga pihak Jkkn turut menjual buku-buku yang berkaitan kesenian dan tradisonal. Program ini berlangsung selama lima hari bermula 22 September dan berakhir pada 27 September 2016. 




Kesimpulannya, selama program ini diadakan banyak memberi pengalaman baru kepada saya yang susah didapati dari agensi lain. Saya diberi tugas untuk memperkenalkan barangan-barangan Tradisional dan alat persembahan Makyung kepada pengunjung. pada situasi tersebut, diri saya telah dilatih untuk lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai. 

...............................................................................................................................................................................

PROGRAM BAZAR SENI

Jumaat Oktober 7 2016, mengikuti program bazar seni di pantai Irama Bachok. Sebelum program ini dijalankan, saya ditugaskan untuk mengenalpasti dan menghubungi artis dikir barat di kelantan untuk membuat persembahan pada hari program nanti. Saya dan pegawai yang terlibat juga meninjau tapak program yang akan diadakan seminggu sebelumnya bagi memudahkan persediaan susun atur khemah untuk penguasaha, susun atur barangan teknikal dan pentas dan membersihkan kawasan tapak tersebut. Pada hari program, saya dan pelatih industri yang lain ditugaskan untuk menjaga khemah pameran buku dan lukisan untuk dilawati oleh pengujung. 







Kesimpulannya, tugas yang diberikan sebelum dan selepas untuk program bazar seni ini berjaya dijalankan dengan sebaiknya. Saya juga belajar cara-cara untuk kekalkan penonton dengan menyediakan tempat yang selesa walaupun cuaca pada hari tersebut hujan. Dengan adanya program tersebut dapat menambah pengalaman saya untuk terus diterapakan di alam pekerjaan nanti.

...............................................................................................................................................................................

PROGRAM TEATER PUTERI SAADONG

Khamis Oktober 20 2016, Jkkn Kelantan telah mengikuti program puteri saadong di ppd Tunjong yang mana melibatkan pelajar-plajar dari 15 buah sekolah di kelantan. Di program tersebut, saya ditugaskan sebagai krew teknikal di belakang pentas semasa program tersebut berlangsung dan juga krew untuk menyediakan tempat pameran dan hiasan untuk dilawati oleh pengunjung yang datang. proses sebelum program ini berlangsung adalah selama dua hari yang mana sebelum program ini berlangsung, saya dan staf Jkkn yang terlibat  dikehendaki untuk mengumpul barang-barang dari jabatan kemudian dihantar ke dewan ppd. Seterusnya satu hari sebelum program tersebut berlangsung, adalah hari 'rehearsal' di mana saya dikehendaki untuk membantu bahagian teknikal, bahagian pendaftaran, bahagian makanan dan menyusun barang dan gambar di tempat pameran. 




Jumaat Oktober 21 2016, ketika teater ini dilangsungkan, saya ditugaskan untuk 'back-up' krew teknikal di belakang pentas dimana saya dikehendaki untuk memastikan mikrofon yang digunakan oleh pengacara majlis berfungsi. Selain itu juga, tugas saya di belakang pentas adalah membantu krew 'prop' mengalihkan prop mereka  ketika teater tersebut berlangsung dan juga dikehendaki untuk memastikan laluan di belakang pentas terkawal dimana tempat pelakon keluar masuk pentas. 






Kesimpulannya, untuk program ini telah memberikan saya pengalaman dari pelbagai bahagian, iaitu bahagian teknikal, belakang pentas, bahagian prop, pameran, makanan, pendaftaran dan banyak lagi. Banyak ilmu yang saya dapat sebelum dan selepas proses untuk menghasilkan sesuatu program. 

...............................................................................................................................................................................

PROGRAM KHATAM AL-QURAN

Khamis Oktober 27 2016, Jkkn Kelantan telah menjalankan program khatam Al-Quran yang disertai oleh pelajar seramai 80 orang dari pelbagai sekolah agama di Kelantan. Untuk program ini, saya ditugaskan sebagai 'Runner' dan jurufoto. Program ini dihadiri oleh Mufti Negeri Kelantan, iaitu Dato' Haji Mohamad Shukri Mohamad. Program rasmi ini diadakan di dewan keusahawanan UMK pangkalan Chepa bermula dari pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Sebelum program ini berlangsung, saya dan staf jkkn yang terlibat dikehendaki untuk membawa barang dan peralatan dari jabatan seperti koleksi Al-Quran, barang teknikal, barang cenderamata dan pelbagai lagi. 

Proses menghias pentas dan memasang Rehal





Rehearsal






Ketibaan Tetamu VIP




Semasa Program Berlangsung



Jurukamera 


Kesimpulannya, untuk program ini, saya telah belajar dan mendapat pengalaman yang cukupenting dari semua bahagian. Dan juga, pada program ini saya dapat merasai semua kesusahan dan kesenangan dari setiap bahagian yang saya sertai dan semua itu telah melatih diri saya untuk terus kuat mengharungi semua tugas kerja di alam pekerjaan nanti.

...............................................................................................................................................................................

                                                 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, selama lima bulan menjalankan latihan industri di Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Kelantan, telah banyak memberikan pengalaman yang baru mengenai situasi dan cara bekerja di alam pekerjaan dalam semua bahagian. Saya juga banyak belajar dari pegawai-pegawai dan juga staf untuk memantapkan lagi apa yang saya belajar di institusi mengenai khusus yang diambil selama 3 tahun di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis secara praktikal. Akhir sekali, pengalaman dan ilmu yang saya perolehi dari segi fizikal dan mental akan saya terapkan di alam pekerjaan untuk menjadikan saya individu yang penting dan bertanggungjawab ke atas kerja yang diberikan supaya tidak dipandang rendah oleh masyarakat. 


No comments:

Post a Comment